Tuesday, March 15, 2016

lebaran disambut sederhana

bersama abang (amar)




20 september 2009


aku dan abah ( encik kamaruddin )











Ni pon ak nak pos jugak...simpan bertahun2 as a draft je...andai aku sudah tiada bolehla anak2 cucu tgk...







rakan2 ku di majlis berbuka puasa food science club


mase ni ak tahun kedua kot kat UMT. tah la x igt sgt..zaman2 muda remaja xde masalah apa2 kecuali jerawat n muke berminyak haha.
Tempat ni dekat bilik kuliah kot Medan kuliah ke ape tah..x igt tapi yang ingat dkt FST
 (urat putus mase bersalin membuatkan aku cepat lupa)





Ini Reen, aku, Ali, Farihah, n ANis Farhanah,,,Ya Allah rindunya zaman ni


Ni Ikram ketua Food Tech batch aku la...Bajet hot sebab food tech mase tu 2 orang je lelaki Melayu.. Haha berebut2
 My Bestie... Rindu sangat...sekarang aku n Far da jadi emak2 dah...




tanggal 13 september





kami dari warga food science telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama warga food science club





majlis ini telah berjalan dengan jayanya

OMG aku baru nak pos ye...



Petang selasa mendung dan hujan renyai

Hello dan hai


lama betul blog ni bersapau dan x bersentuh...huhu...dah nak 7 ke 6 tahun agaknya. Entahlah x ingat aku.

Dulu blog ni dibuat pon sebab kene paksa oleh abang senior masa kat u dulu suh wat blog untuk penuhkan subjek sains komputer kot mase tu. Tahun pertama lagi kt u. Freshie2 lagi lah xtahu mende. wat je la bodoh2.

Tetibe sekarang rasa nak tulis. Saje je lah tulis. Huhu. Sekarang ni da tue da ada anak sorang da abis u. Rase kehidupan macam dah 270 degree berubah. Still lagi tinggal dengan parents. (tgh kumpul duit )la nak tinggal sendiri dengan nak bayar hutang PTPTN tu.


Lame dah tinggal zaman uni...tetibe rase rindu dgn housemate sume..rindu nak masak..gaduh...jogging..n joget2 lagu SNSD...hehe cam tah papela...skrg masing2 bz dok carik duit n dah ada anak pon masing2.

haha xtaula nak cerita apa....anak aku sekarang dah seminggu lebih selsema n hidung tersumbat...cepat2 lah baik ye sayang...ummi love u sgt2.

Wednesday, February 3, 2010

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI


8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI



dari Dr Fadzilah Kamsah



C1. CABAR


Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL


Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR


Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT


Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje…
Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU


Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET


Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI


Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI


Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Tuesday, February 2, 2010


Mari ku ajarkan

mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya." "Tak payah, bawa sahaja karung guni." "Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya. "Mari kita ke pasar!" Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu. "Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?" "Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik." Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar. "Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?" "Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?" "Ya, ya... " kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan. "Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu. "Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya.


Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain. Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. "Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?" "Tak buat apa-apa." "Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid. "Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas... " "Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan. "Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal." "Dengan memikul batu-batu ini?" "Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas.

Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.

Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu... "
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?" "Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat... " "Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal. Pengajaran: Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Thursday, January 28, 2010

Solat Subuh di Masjid



Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid .




Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .




ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke
rumah. Di rumah,
dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI,

berjalan menuju masjid .


Dlm perjalanan kembali ke masjid ,
dia jatuh lagi di tempat yg sama !
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di
rumah, dia, sekali lagi , berganti baju ,
berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid ,
dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu .
Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang

membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak.
pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masj id ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masj id ,
Allah memaafkan semua dosa2mu .
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu,
Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu .
Saya
KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,

jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu ,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'
Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Wednesday, January 13, 2010

he loved us


KENALI SECARA LAHIRIAH Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah : - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. - Aku melihat cahaya dari lidahnya.. - Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. - Rasulullah umpama matahari yang bersinar. - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. - Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama. - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.. - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. - Wajahnya seperti bulan purnam a. - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya. - Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. - Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang. - Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. - Mulut baginda sederhana luas dan cantik. - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. - Janggutnya penuh dan tebal menawan. - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.Warna lehernya putih seperti perak sangat indah. - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. - Rambutnya sedikit ikal. - Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. - Rambutnya terbe lah di tengah. - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. - Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua bahunya. - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. - Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. - Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. - Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. - Warna putihnya lebih banyak. - Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. - Warna kulitnya putih tapi sihat. - Kulitnya putih lagi bercahaya. - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. - Badannya tidak gemuk. - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran sederhana lagi kacak. - Perutnya tidak buncit. - Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka. KESIMPULANNYA : Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia… Untuk mengingatkan kita… Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawa tir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. ” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dandadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa baarik wa sallim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin… Usah gelisah apabila dibenci manusia Karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, Tapi gelisahlah apabila dibenci Allah Karena tiada lagi yang mengasihmu di Akhirat.